Saturday, February 28, 2009

Kejohanan Sukan Suksis IPTA Zon Tengah


Kejohanan Sukan Suksis IPTA Zon Tengah telah diadakan pada 14 dan 15 Februari 2009 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang disertai SUKSIS UM, UiTM, UIAM, UPM, USIM dan UKM. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak,futsal lelaki dan wanita,bola tampar lelaki dan wanita,bola jaring dan badminton(utk pegawai dan jurulatih).
Kor Suksis UM telah menyertai kesemua sukan yang dipertandingkan dan Suksis UM telah menjadi johan keseluruhan bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM).Berikut adalah keputusan penuh pertandingan.
( Suksis UM)

Bola Sepak : JOHAN
Futsal Wanita : JOHAN
Futsal Lelaki : NAIB JOHAN
Bola Jaring : KETIGA
Bola Tampar Lelaki : KEEMPAT
Badminton : KEEMPAT
Bola Tampar Wanita : KEEMPAT

Tahniah diatas kejayaan Kor Suksis UM yang berjaya menjadi johan keseluruhan Kejohanan Sukan SUKSIS IPTA Zon Tengah. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan di masa akan datang. Ucapan jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai,jurulatih-jurulatih Kor Suksis UM dan Pengetua Kolej Kediaman Ke-12(Prof. Dr. Mohd Sahar Bin Yahya) diatas sokongan dan bantuan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment


Master dan Tuan Nezam menyertai aktiviti yang diadakan

Hamsah dan Saifullah mengetuai senaman pagi bersama penduduk kampung

Beramah mesra bersama penduduk kampung

Meraikan Kemenangan Bersama

Bola Sepak

Futsal Wanita

Followers