Wednesday, April 1, 2009

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Kampung Alur Ara,Perlis


Seramai tujuh orang anggota SUKSIS UM telah dijemput oleh Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) Kolej 12 untuk bersama-sama menjayakan Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang bertempat di Kampung Alur Ara, Perlis. Program tersebut diadakan pada 20-22 Mac 2008. Program tersebut turut disertai oleh Pengetua Kolej Kediaman Dr. Nazrin Shah (KK12) Prof Dr. Mohd Sahar Bin Yahya dan Pegawai Latihan Akademik Kor SUKSIS UM ASP/KS Hairolnezam Bin Khamis.

Program tersebut telah dirasmikan oleh mantan Menteri Besar Perlis Dato' Seri Shahidan Kassim. Segulung ucapan tahniah kepada anggota SUKSIS yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan jayanya. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat dikongsi bersama rakan-rakan SUKSIS yang lain.

Tahniah dan teruskan usaha anda untuk menaikkan nama SUKSIS UM.

Sunday, March 1, 2009

Kepada Alumni SUKSIS UM

Salam sejahtera kepada alumni-alumni Kor SUKSIS UM.

Tahniah kepada anda semua kerana telahpun ditauliahkan pangkat Inspektor SP dan menerima segulung ijazah di Universiti Malaya yang tercinta ini.
Sesungguhnya tanpa sokongan dan bantuan nasihat daripada anda semua sudah tentu SUKSIS UM bagai kapal yang hilang arahnya.Jutaan terima kasih diberikan.

Untuk mengekalkan silaturahim antara anggota SUKSIS UM dan alumni, adalah diharap anda dapat memberikan nama dan no hp di ruangan 'comment' supaya mudah kami terus menjalinkan 'connection' bersama anda.

Semoga hubungan kita semua tidak akan putus.
Semoga anda semua berjaya di dalam kehidupan yang mendatang.

Saturday, February 28, 2009

Pertukaran Jawatan Skuad 2008/2009

Berikut adalah organisasi terbaru skuad 2008/2009

PRESIDEN
MOHD HAFIERI BIN ISMAIL
(019-3719659)

TIMBALAN PRESIDEN
HERMANSHAH BIN JAMALUDDIN
(013-2272959)

SETIAUSAHA
MOHD NIZARUDDIN BIN SUMERI
(013-2966154)

BENDAHARI
MOHD YUSOF MARZUKI
(017-4277097)
AJK :
1) MAKANAN DAN KEBAJIKAN
KETUA :MOHD FAIZAL BIN ZAKARIA ( 013-9116326)
AHLI : MOHAMAD SAYUTI BIN ABDULLAH
BURHANUDDIN HELMI BIN MOHD KHALID
MOHD AZWAN BIN IBRAHIM
MOHD SOBRI BIN ABD. RAZAK
MAHADI BIN MOHD ROSLI

2) SUKAN
EXCO : MUHAMMAD HANIF BIN ALI HANAFIAH (017-4169954)
AJK :KWOK CHIN HOE
AZMIE BIN SABLI
NUR AMIN MULIA BIN AMIR SALLEH

3)KEROHANIAN
(MUSLIM)
EXCO :ARBI BIN SUHADAT (013-3180476)
AJK :MUHAMMAD HUSNI BIN HAJI HASBULLAH

(BUKAN MUSLIM)
EXCO :NGAN CHOON YONG (017-6555986)
AJK :TAN HAN FOO

4)PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
EXCO :NUR AZAHARI BIN MUTAHAR (017-8926234)
AJK :MUHAMMAD IMRAN BIN HUSSAINI
FARIS BIN MOHAMED ZULKIFLI
MOHD MUZZAMIL BIN MOKHTAR

5)AKADEMIK
EXCO :NORDIANSHAH BIN AMI (013-3180476)
AJK :MOHD IZZAT BIN MOHD RUZI
MOHAMAD IZZUDDIN HILMI BIN MOHD ZAINI

6)KEBUDAYAAN
EXCO :MOHD AFFEIFUDDIN BIN OTHMAN (019-9277192)
AJK :SHAZZUWAN BIN ZAKARIA
WAN MUHAMMAD IBRAHIM BIN WAN LOLOK
MUHAMMAD FAREED BIN JAMALUDDIN

7)TUGAS-TUGAS KHAS
EXCO :MOHD HANAFI BIN MOHD LOTFI (013-2656352)
AJK :ZULKARNAIN BIN MUHAMAD
MOHAMAD FIKRI BIN MOHD DZAHIR
MOHD NOR FAZRIN BIN MUSTAFFAR
MUAMMAR SYUKRI BIN DAUD

Futsal Varsiti Kosmo 2008


Tahniah kepada pasukan Futsal Suksis UM yang berjaya mendapat tempat ketiga pada Grand Final Futsal Varsiti Kosmo 2008 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada peringkat saingan, Suksis UM berjaya mendapat tempat kelima di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sekaligus melayakkan diri ke peringkat grand final ini.

Pasukan Suksis UM berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7000 dan piala iringan.

Semoga pasukan Futsal Suksis UM lebih berjaya dimasa hadapan.

Kepada anggota inter dan junior Suksis UM diharapkan anda bersedia menggalas nama Kor Suksis UM di kejohanan yang akan datang.

Kejohanan Sukan Suksis IPTA Zon Tengah


Kejohanan Sukan Suksis IPTA Zon Tengah telah diadakan pada 14 dan 15 Februari 2009 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang disertai SUKSIS UM, UiTM, UIAM, UPM, USIM dan UKM. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak,futsal lelaki dan wanita,bola tampar lelaki dan wanita,bola jaring dan badminton(utk pegawai dan jurulatih).
Kor Suksis UM telah menyertai kesemua sukan yang dipertandingkan dan Suksis UM telah menjadi johan keseluruhan bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM).Berikut adalah keputusan penuh pertandingan.
( Suksis UM)

Bola Sepak : JOHAN
Futsal Wanita : JOHAN
Futsal Lelaki : NAIB JOHAN
Bola Jaring : KETIGA
Bola Tampar Lelaki : KEEMPAT
Badminton : KEEMPAT
Bola Tampar Wanita : KEEMPAT

Tahniah diatas kejayaan Kor Suksis UM yang berjaya menjadi johan keseluruhan Kejohanan Sukan SUKSIS IPTA Zon Tengah. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan di masa akan datang. Ucapan jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai,jurulatih-jurulatih Kor Suksis UM dan Pengetua Kolej Kediaman Ke-12(Prof. Dr. Mohd Sahar Bin Yahya) diatas sokongan dan bantuan yang diberikan.

kpd anggota suksis um

Assalamualaikum n salam sejahtera kepada anggota suksis..

laman blog suksis ini diadakan untuk semua anggota suksis mengikuti perkembangan terbaru Kor Suksis Universiti Malaya..

kesemua anggota boleh mengambil bahagian untuk menambah atau mempercantikkan lagi laman blog ini..harap semua dapat membantu dgn memberikan idea,pendapat ataupun gambar2 terbaru aktiviti-aktiviti suksis..sebarang maklumat harap diemailkan kpd m_zhafri22@yahoo.com

diharapkan idea blog suksis ini di sambut baik oleh anggota dan semoga proses pemberian maklumat terbaru suksis dapat dijalankan dgn lebih mudah lagi..

terima kasih..
pres. suksis 08/09

Master dan Tuan Nezam menyertai aktiviti yang diadakan

Hamsah dan Saifullah mengetuai senaman pagi bersama penduduk kampung

Beramah mesra bersama penduduk kampung

Meraikan Kemenangan Bersama

Bola Sepak

Futsal Wanita

Followers